Syamsul Yusoff Sanggup Bayar 10K Jika Ada Yg Sudi Heret Mamat Ni Berjumpa Dgn Dia
Kehidupan sebagai selebriti tidaklah mudah seperti disangka. Ada masanya, nama akan diagung-agungkan sekali gus membuatkan ada yang menyimpan rasa iri hati.
Pelakon, pengarah dan penyanyi, Syamsul Yusof, dia juga tidak terlepas daripada berdepan situasi diuji dengan sifat hasad dengki manusia terhadapnya.
Mencipta nama menerusi karya-karya pecah panggung serta lagu-lagu yang memanjat carta radio tempatan, Syamsul tidak menafikan setiap rezeki yang diberi Allah kepadanya itu diturunkan dengan ujian untuk menguatkan dirinya sebagai hamba.
Dalam perkembangan terkini, Syamsul telah memuat naik satu posting menawarkan 10k kepada sesiap yang dapat membawa lelaki ini berjumpa dengan beliau
“Abg perlu perkhidmatan GRAB CAR. Sape2 boleh fetch mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan. Mamat ni dia kat KL je so dekat. Walau dekat, grab car saya bayar 10k cash. Apa2 sila email sy di pengarahkerdil@gmail.com atau DM saja kat iG ni. #semboyanCalling”
Antara Komen Dan Kata Kata Semangat Dari Rakan Seperjuangan Dan Follower Syamsul Di Laman IG Nya. Sampai JAI pun masuk komen.
Tidak dapat di pastikan mengapa Syamsul mencari lelaki tersbeut, tapi rata-rata peminat mengaitkan dengan permasalahan dan vgutan yang Syamsul hadapi sebelum ini
“Setiap benda ada ‘harga’ yang perlu dibayar. Allah berikan kejayaan kepada saya untuk hasil kerja yang membanggakan. Dalam pada kejayaan yang saya terima, ada juga beberapa perkara yang saya sendiri perlu perbaiki dalam kehidupan saya,” katanya.
Menurutnya, apa yang menjadi keutamaannya kini adalah keluarga terutama anak-anaknya.
“Keselamatan keluarga menjadi keutamaan. Alhamdulillah, anak-anak membesar dengan sihat. Tapi, besar nikmat, besar juga ujiannya untuk saya,” katanya.
Situasi rumah tangganya bergolak dan mula menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana dilihat hadir ke pejabat agama pada pertengahan bulan lalu.
Tidak cukup dengan itu, dalam bulan sama dia juga diduga dengan fitnah yang disebarkan seorang YouTuber di laman penstriman video itu.
“Saman terhadap YouTuber itu masih lagi saya akan teruskan. Tapi, disebabkan banyak perkara berlaku antaranya krisis pandemik dan sebagainya, jadi semuanya akan diteruskan selepas ini. Mengenai YouTuber itu, dia sudah padam akaun saluran YouTube itu. Tapi, dia nak lari ke mana sebab saya akan terus cari,” katanya.
Penghujung September lalu menyaksikan Syamsul berdepan situasi menegangkan apabila YouTuber tidak bertanggungjawab itu menggunakan tajuk yang tidak sesuai serta menimbulkan fitnah terhadap dia dan keluarga.
Terbaru, Syamsul baru saja membuat laporan polis pada 13 Oktober lalu selepas menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di Instagram, seperti yang dilaporkan Harian Metro sebelum ini.
Tidak mahu merungsingkan keluarga, Syamsul meminta individu yang tidak menyimpan rasa tidak puas hati kepadanya untuk bersemuka dengannya.
“Saya tak mahu peningkan kepala keluarga saya. Saya sudah berusia 36 tahun dan bukan budak-budak lagi.
Kepada individu yang ada masalah dengan saya, jumpa saya secara bersemuka,” katanya.
Yang pasti, Syamsul memohon agar peminat-peminatnya akan terus mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.
Puteri Sarah Bawa Diri
Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Puteri Sarah memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.
Ada beranggapan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu seolah-olah mahu membawa diri dan melupakan seketika pemasalahan rumah tangga yang wujud antara mereka.
Apatah lagi, pada hari sama pengarah filem Munafik itu membuat laporan polis ekoran mendapat mesej berbaur ugutan di Instagram.
Puteri Sarah, 35, berkata, perancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sudah dibuat lama.
“Perancangan asal memang nak pergi bercuti di pulau selepas habis penggambaran. Tapi, macam tak sempat. Kebetulan, saya terbabit dalam penggambaran yang dibuat di luar Kuala Lumpur.
“Saya pun cuba bertanya kepada pihak produksi jika saya boleh bawa bersama anak-anak. Alhamdulillah, mereka okay. Kiranya, sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak,” katanya.
PUTERI Sarah bersama anaknya. FOTO IG Puteri Sarah
Ditanya mengenai ugutan yang diterima suaminya dan laporan polis dibuat, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.
“Saya dimaklumkan dia nak buat laporan polis, tapi tidak mengetahui lebih lanjut kandungan mesej berbaur ugutan itu. Jadi, tidak ada apa yang saya boleh perkatakan.
“Lagi pula, perkara ini sudah menjadi kes polis. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas mereka. Kalau betul seperti didakwa, saya berharap perkara ini akan dapat diselesaikan,” katanya.
Mengenai kenyataan dibuat Syamsul yang menyifatkan obses pada kerja antara salah satu punca berlakunya kemelut rumah tangga mereka, Puteri Sarah enggan menafikan perkara itu.
“Mungkin betul. Sebab semua tahu dia seorang yang kuat bekerja,” katanya ringkas.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami



