Setahun Tak Muncul, Alif Satar Kembali Masuk ‘Live’ Solat Jumaat
Sekiranya diimbas kembali tahun lalu, kisah selebriti serba boleh iaitu Alif Satar banyak disiarkan terutama mengenai kemunculannya menerusi siaran langsung ketika solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Terbaru, Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar seolah-olah ‘kembali’ membuat kemunculan apabila sekali lagi dirakam lensa kamera yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
“Ni bukan ngantuk la, ni khusyuk! p/s baru tahu dekat @rtm_malaysia ada jugak penterjemah waktu khutbah untuk golongan bermasalah pendengaran,” katanya.
Posting tersebut dipenuhi gurauan serta usikan pengikut Alif dimana terhibur dengan wajahnya yang sering ‘dikehendaki’ oleh jurukamera RTM sehingga hampir setiap Jumaat muncul di kaca televisyen.
Mata tu ‘st1m’ betul!
Kamera sayang betul dengan Alif
Memang muka dia je masuk TV…
Mata tu boleh pergi jauh!
Tonton minit 25:52
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Alif Satar , JAKIM